Saturday 18 February 2012

aku dan dia juga mereka

Assalamualaikum~


No one is here, and i am all alone~


Kali ini aku menulis lagi.. Untuk kamu ku tuliskan titipan istimewa ini.. Mungkin tidak seistimewa mana, namun padaku cukup berharga.. Aku bukan ahli pujangga juga sasterawan negara.. Namun, bisa juga ku titipkan tulisan yang berbaur sastera.. Alhamdulillah.. Aku dan dia.. Ya, dia.. Dia yang sangat bermakna.. Tak perluku terangkan siapa gerangannya, cukup sekadar kamu tahu dia sangat bermakna padaku..


Bukan masalah yang inginku catatkan di sini.. Namun coretan hati yang terkadang membelenggu diri.. Pada siapa yang bergelar wanita pasti akan faham rasa hati seorang wanita.. Kelukaan dan tangisan adalah perkara biasa bagi wanita.. Namun berkali-kali terluka membawa padah kerana luka itu meninggalkan parut walau sekecil mana.. Parut tak bisa disembuhkan.. Kata maaf mungkin penyejuk luka namun bukan penghilang parut yang ada..


Bahagia itu ada, namun terkadang ada badai melanda.. Membuatkan bahagia itu kabur padaku.. Aku tidak sesempurna mana.. Aku hanyalah aku.. Inilah aku.. Terpulang padamu sama ada menerima atau menolak ku..
Dan mereka pula tiba dalam hidupku yang tak sebahagia mana.. Aku merelakan.. Kerana itu yang seharusnya aku lakukan.. Tak mampu ku tolak, kerana mereka cukup penting sebagaimana pentingnya dia padaku.. Namun, terkadang terguris  luka hati dek kerana mereka.. Aku diamkan... Kerana itu yang sebaiknya.. Kerana dia dan mereka itu bersaudara..


Biarkan, relakan.. Kerana hanya itu pilihan yang ada.. Mungkin sinar bahagia kan menjelma jua kelak.. Aku pasrah, andai ini takdirnya, aku terima.. Ku serahkan pada Yang Maha Kuasa... KepadaNya ku bermohon, moga ditenangkan hati, diluruskan segala kekusutan yang ada.. Amin


~Salam sayang~

No comments:

Post a Comment