Thursday 15 November 2012

aku ada DEPRESSION. ..

As salam..

Wah, dah berhabuk blog aku ni! huahua, maklumlah orang busy.. Yup, lately, memang aku busy.. Sampaikan aku rasa aku hilang hidup aku.. Yup, I have no LIVE at all.. Sekarang, aku tengah belajar menjadi seorang doktor.. DOKTOR? Huh, memang semua orang cakap doktor itu best, famous, banyak duit... Ha, betol la tu.. Tapi, kau tahu apa y aku bagi untuk jadi seorang doktor?

HIDUP AKU..

Yup, aku bagi hidup aku untuk jadi seorang doktor.. Aku hilang hidup aku untuk orang lain.. Setakat ni, hati aku masih belum redha dengan hakikat ini.. Aku masih mencari makna sebenar di sebalik kerjaya ni..

SANGAT SUSAH..

And end up aku dapat penyakit ni pulak..

DEPRESSION..

Aku baru kena and tengah planned untuk jumpa doktor.. Mungkin kena ambik antidepressant.. Hm, bunyinya macam aku dah dekat nak gila kan? 

MUNGKIN..

Penat terlampau, perut meragam, makan tak menentu, tidur tak menentu, cepat nak marah, sakit dada.. Ni antara simptom-simptom depression.. Kau check diri kau, lau ader simptom ni, cepat2lah pegi jumpa doktor.. Takut melarat.. Jangan jadi macam aku..


Antara banyak2 simptom, y ni aku paling takut..

SAKIT DADA..

Lately, aku memang kerap sakit dada, jalan sikit pun dah sakit dada, naik tangga sikit, dah sakit dada.. Sebenarnya sakit dada ni bahaya, patotnya kena cepat-cepat gi jumpa doktor.. 

Aku nak jumpa doktor, tapi......................

Aku serahkan pada Allah segalanya...

Aku dah takde mood nak tulis. Take care. 






Wednesday 30 May 2012

when a cute girl meets..........?????? ;)

Assalamualaikum!


"When a cute girl meets..........???????" Tajuk tak boleh belah, konon-konon macam misteri la sangat kan macam CSI. Bwahahahaha. Dah memey misteri, tu yang tajuk tu macam tu. *eh, tetibe emo* hahahaha


"Tak baik emo-emo," bak kater Encik Tunang.

Mwahahahahaha, memasukkan Encik Tunang ke dalam post adalah bertujuan untuk membodek Encik Tunang~ ting! terserlah niat sebenar~ *evil laugh*

Okey, this time, I would like to write about... emmm, just give me 5 hours to think, only 5 hours, I dont ask too much, just 5 hours..


fuuuuuuuuuuuuuuu~~!!!!!!!

9 gag?!! hahahahah, gelak guling-guling pecah perut! Oke, there are 2 issues here, one is about this funny stuff; 9gag and the other is, when the hell is that will I be writing about something which is related to my post's title???!!!


Oh Lord, NO!


Hahahahahah!! Gelak sambil terpelanting masuk longkang!!! 

Okey, back to our real aim, ehem ehem, on this new post, I would like to tell you people about ME!!! Of course ME!! Who else??!!

Why is it always been YOU??!!!!

Because this is my territory, bwahahahaha.. Oh, I forgot, this is a story about ME and HIM... Heeeeeeeeeeeee *senyum malu sambil buat mater hamster*

A few days ago, I went to KL just to meet him.. Ngeeeeeee~ Ish ish, NO la, I went there to sit for my exam la.. hehe, but in the mean time, I met him.. Yeah, of course I have to meet him, because I'm staying in UM for a couple of days.. erm, to study....




and



DATING







ekekekeke~ I was very happy coz it has been a long time since the last day I met him.. Ngeeeeeeeeeee~

*muke comel tahap dewa* 

*sila lempang saya supaya kembali ke alam nyata*


Sebenarnya, aku takde motif pon nak tulis entri kali ini.. Motif kurang jelas, kabuqqqq derrr~ Niat di hati cume nak tunjuk gamba comel aku dan Encik Tunang, ekekekekekeke

Cehhh, tereveal niat sebenaq

Ngeee, maaf ye encik Tunang, hehehe


Tadaaaaaaa!!!~~~~


comel tak? comel tak?

Di saat Encik Tunang sedang bercakap di telefon, maka di saat itulah, aku mengambil kesempatan menangkap gambaq menggunakan kamera cabuk ku ini sambil mengembungkan pipi sekembung yang mungkin dengan harapan aku akan nampak comel dan tersangatlah comel hingga mendapat pujian dari Encik Tunang~ ekekekekekekekekeke *niat gila tak bole belah*



*Sila lah pukul saya dengan bantal kuat-kuat hingga terkeluar segala isi perut bantal tersebut*



Hihihihi, oke lah, masa pun sudah tidak panjang, mata pun sudah mengantok, masa untuk tidur!!!!!



Nitez peeps! Sleep tight! 

Sekian, wassalam.























Sunday 13 May 2012

Drama! Drama! Drama!

Assalamualaikum!


Korang dah boleh mengundi? wowowowowo, topik panas ni, sepanas telaga ayaq hangat! Cakap pasal undi jer, mesti semua orang akan jadi fanatik gila *fanatik, fanatik, fanatiknya duniaku~~~ (lagu KRU berkumandang)* hahaha. Tahun ni, pilihanraya akan diadakan, tak guna aku bagitahu, mesti hampa dah taw awai-awai kan? Kali ini, bukanlah niat dihati untuk menulis entri yang berbaur politik, tapi tangan terasa miang untuk 'update' tentang politik, soalnya saya enggak punya banyak idea untuk 'update'.. haha

Kalau tengok politik kat Malaysia ni, pening kepala comel aku ni, apa taknya, kejap-kejap isu ni timbul, kejap-kejap isu tu pulak timbul.. Macam-macam, aku rasa dah jadi macam rojak dah isu-isu ni semua.. Yang paling tak tahan, ISU SKANDAL SEKS.. Whoa! Maaf ye adik-adik yang berumur dibawah 18 tahun, akak yang dah besau ni takpe, dah matang nak cakap soal ni, ecececece, gatai benor ye kamu cik tini! 


"Mestila aku gatai, kalau tak, takkanlah aku bole ada niat nak kawin," desus hati bungaku

Ha, yang pasal SKANDAL SEKS  ni memang aku tak tahan (bukan tak tahan nak kawin ye, cume tak tahan geli).. dah gaya macam omputih lerr pulok kiter ni yerr?? Orang putih ader SKANDAL SEKS, ikau pun nak jugak yer?? Gatai benorr yerr kamu ini, aku nikohkan ikau dengan pak imam sebelah rumah tu baru kamu tawu! Lepaih itu, keluor pulok bidio bagai, entoh palsu entah ori (dah macam cik kiah propa pulok aku ni).. Yang tak 'beshh' tu, bidio tu tak di"censored"kan.. aiyaaa, sudah jadi bidio lucah maaaaa~ Tak malu benor ye ikau ye, terutamonyo yang perempuan tu, ish ish (eh, maner cik tini tahu ader aksi panas dalam tu??)

"Erkkk, aku agok aje leeee, namo pong bidio seks," hatiku yang cantik ber'vroom-vroom' lg

Aku ni tak mahu menuduh, iyo laaa, tak baik fitnah taw, Allah marah!! Eii, kiter tatot!! Kiter takmo fitnah orang, nanti dekat akhirat kiter kene makan daging saudara kiter sendiri!! Kiter yeyek!!! Kiter tak suker daging "human", kiter suker daging ayam yang mak kiter goreng jer!! (ehh, motif?) Gediknye cik tini~

"Saya bukan gedik, saya cumer mengada, mengada itu comel aperrrrrrrrrrrrr~" hatiku sekali lagi mem"backup" kan diriku

Udoh-udohla tu jang oi, ikau ini merosakkan otak anok bangso, kesian den tengok deme tu, terkial-kial soporti kapal Titanic yang nak tenggelam.. Waduh-waduh, pungsi bangat otak wak mikiorrrr!!!!!~~~

Masalahnya, aku pun terlibat jugak dalam kekialan kapal Titanic tersebut, adeh =.=

Ambo suko tengok satu gambo ni, meh lo tengok~


Oke, kawe-kawe, apo yang deme nampok dale gambo ni? 

Mamat A: Aku nampak awek cung gila kat depan tuuu!!! Phewitttt!!! Nak ngorat bole???

Aku: =.= gatai!

Mamat B: Weh, kat belakang tu ader awek rambut cam ore putih, "blonde" gituwww, auw!

Aku: Erkk, bukan "blonde" la, "blender", wakawakawaka, kene "blender" la kt akhirat nanti la awok!

Mamat C: Fuyoooo, mantap siot! Baju atas punggung, perghhhh!!

Aku: Mak ai, miang bebenor ye kamu, aku kawenkan kamu dengan beruk baru kamu taw!

Akak A: Dik, takde ke gamba abang hensem kat sini, ngapo kabur benor gambo ni, kamera koman ea???

Aku: =.= adeh, kak, sy pakai kamera pakai buang kak, sebab tu kabur, takdo menatang nak "adjust" bagi tamo gerak, omputih kata, "freezee" gitu, ekekekeke, pandai jugok aku kecek omputih!

Akak B: Waaa, abang tembam kat depan ni comel laaaaaa

Aku: Nak ker? Nanti saya "adjust" akak dengan dier, jd bini nombo 4!

Mamat D: Aku nampak PM kita!

Aku: Yeee, aku pon nampak, aku takde ler buto sangat, tapi yang paling best tulisan kat situ, haaaaaaaa

Aiyoookkk, tak tawuuuu, kak tini, jage mulut sikit, kang kene saman pulok!

WARNING! 18SX

Aper dier tulis kat situ adik-adik akak yang comel tapi akak lagi comel, ehhh~

JIHAD UMNO JIHAD! KITA TENTANG PENDERHAKA ALLAH! DEMI NEGARA 1 MALAYSIA! HIDUP! HIDUP!

Bagi aku, slogan dah cantik, cumenye, macam ada yang tak kena.. Ya, kita boleh berjihad! Tapi, mengapa dalam majlis yang niatnya jihad untuk menentang penderhaka Allah tu ada yang bukak aurat?????????

BUKANKAH YANG MEMBUKA AURAT ITU IALAH PENDERHAKA ALLAH???!

JADI MANA PENDIRIAN KAMU YANG SEBENAR????????

Saya hanyalah budak hingusan yang tidak berapa pandai agama, namun saya sendiri dapat membezakannya.. Sedarkah kalian, kalian berada dalam majlis maksiat? Mana tudung kepala gadis-gadis itu kalau benar majlis ini untuk mengajak orang lain berjihad sama??????

THINK ABOUT IT, MY SISTER AND MY BROTHER

Tudiaaa, cik tini dah mula bercengkerama di bawah bulan purnama ditemani cengkerik~

CENGKERIK?

WHAT THEEEEEEEEEEEEEEE TEHHHHHHHH!!!~~~

Mike bukan niat nak meghasut, mike cume nak awok, awok dan awok nengok bende ni dan pikior habes-habes... haaaaa, ni cume pendapat mike..

Aiyaaa! Sudah pukul 1 lebih maaaaaa!!! Wa mau titoo maaaa, mata sudah ngantok!

Chill bebeh!!

Kesimpulannya: Pilihlah dengan pilihan yang sebaik-baiknya, jangan tersalah pilih ya ayahanda dan bonda, tuan-tuan sekalian, puan-puan, sahabat-sahabat, adik-adik, (ko nak sebut semua ker tini?) 

EHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH~ *MEME FACE wakawakawaka

Ape pun, segalanya yang baik datang dari Allah, dan yang khilaf itu sumenye dari amboooooooooo~

Sekian, wassalam!

Terima kasih sudi baca!

Peace alwaysss!!! :D











Sunday 6 May 2012

Dulu, kini dan esok yang masih tak pasti..



Dulu selalu ada...

Waktu untuk kita...

Kini ku sendiri......

Dulu kata cinta...

Tak habis tercipta..

Kini tiada lagi........

Sedang apa dan dimana..

Dirimu yang duluku cinta?..

Ku tak tahu, tak lagi tahu seperti waktu dulu..

Apakah mungkin bila kini, ku ingin kembali..

Menjalani janji hati kita?..............





Friday 4 May 2012

Dibalik sebuah kejayaan..

Assalamualaikum..


Berjaya atau gagal? Semua orang pilih untuk berjaya. Siapa inginkan kegagalan? I'm sure there is no one. Everyone wants to succeed or wanted to be that way. Bila berjaya, kita dimata dunia. Namun, bila gagal, semua mata-mata itu berpaling dari kita. Bukan senang untuk mencapai sebuah kejayaan. To succeed, you pay it with the highest price. Lots of things needed to be sacrificed. But, do you ever think that sacrifices are all worth it? 




Berjaya terletak pada kemahuan masing-masing. Namun, manusia hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Bagi aku, kegagalan adalah dugaan. Jika ditetapkan Allah untuk gagal, kita tetap akan gagal. Di suatu sudut kegagalan itu, Allah ingin mengajar kita erti sebuah keredhaan dan menghargai sesuatu yang kita miliki. Jika sesuatu itu susah untuk digapai pastinya kita akan lebih menghargainya. Pepatah ini cukup bermakna untuk diriku kerana aku akui, aku manusia yang mudah lupa. Allah mengajarku dengan kegagalan. Ya, cukup pedih hinggakan tidak terbayar dengan air mata. Namun, aku bersyukur dengan apa yang telah diatur Allah. Redha. Redha dengan kehendakNya. Kegagalan mengajarku untuk tidak berputus asa. Aku terus berusaha untuk bangkit, dan dalam proses itu banyak yang aku pelajari. 


KETABAHAN.

Ya, itulah yang diperlukan untuk terus bangkit. Tak semua orang mampu tabah harungi dugaan. Namun, tak semua orang gagal untuk tabah dalam mengharungi dugaan. Saat ditimpa dugaan, cekalkanlah hatimu sayang, kuatkanlah semangatmu, sembunyikan kesedihanmu, malah tanamlah azam di hatimu untuk bangkit dan buktikan pada semua yang engkau mampu untuk berjaya. Hanya dirimu yang mampu mengubah nasibmu, bukan aku mahupun keluargamu. Aku percaya kau mampu kerana Allah  percaya dan yakin engkau mampu bangkit. Dan kerna itulah, Dia mendugamu dengan kegagalan.

Allah mendugamu dengan kemampuanmu menanggung beban dugaan itu.

dan sebab itu,

percayalah bahawa KAU MAMPU!

Dan, ingatlah, kegagalan itu adalah sebaik-baik GURU.

Aku, seperti manusia yang lain, telah berkali-kali gagal. Aku sedih, namun aku redha. Aku percaya Allah mahuku berusaha lebih dari itu untuk memiliki sebuah kejayaan. Disaat dilanda kegagalan, hatiku patah dan semangatku punah. Setiap orang pasti merasakan perasaan ini. Namun, jauh dibenakku, aku mencari sebuah kekuatan untuk bangkit. Aku cuba untuk memotivasikan diriku sendiri. 

"Aku boleh buat, pasti ada kekurangan lagi, sebab itu, aku gagal. Tidak mengapa, aku cuba lagi, kali ini dengan cara yang berbeza"

Inilah yang selalu aku katakan pada diriku sambil tersenyum. Disaat menghadapi keperitan, terbayang wajah-wajah orang yang aku sayang. Aku ingin melihat mereka bahagia dengan kejayaan yang aku miliki. Mereka menjadi sumber inspirasi untuk aku terus maju kehadapan. Aku sayang mereka. :)

Bagi aku, orang yang gagal ialah ORANG YANG ISTIMEWA. Kerana apa? Kerana Allah menduganya. Dugaan ialah simbol sayang dan cinta Allah pada kita. Lebih banyak orang itu diduga, lebih banyak kasih sayang Allah padanya. Allah menyembunyikan matahari dari kita, dan menurunkan hujan serta memberikan guruh kepada kita. Disaat itu, kita menangis dan sedih serta hilang arah tuju kerana sinar matahari yang menggembirakan kita dirampas dari kita. Rupa-rupanya, tanpa kita sedar, Allah ingin menghadiahkan kita sang pelangi yang cukup indah. Sabarlah duhai insan, ada kemanisan disebalik kepahitan.

Suatu saat nanti, pasti pelangi yang dinanti akan menjelma jua..

Terima kasih Ya Allah kerana menghadiahkan aku pelangi indah ini, :')
Sekian, wassalam.




Thursday 3 May 2012

Buat sahabat yang diingati..

 Assalamualaikum..

Aku, kau dan kita semua punya sahabat. Bagiku, sahabat penyeri diari kehidupanku. Mereka hadir dalam hidup ini dan sedikit sebanyak memberi kesan kepada kita. Sahabat sehidup semati ialah sahabat yang ada dengan kita, saat suka, mahupun duka. Hari ini, aku tidak akan bercerita tentang sahabat sehidup sematiku tetapi aku akan bercerita tentang sahabat yang selalu diingati... Sahabat yang pernah menyentuh rasa hati ini..

Tiga tahun lepas, aku hanyalah seorang budak hingusan biasa, yang masih tidak kenal apa itu kehidupan sebenar. Aku tercari-cari sinar hidupku. Terkadang, aku terkeliru dan bimbang dihanyutkan oleh kehidupan. Tatkala itu, aku mengenali seorang gadis. Cantik, manis orangnya. Meskipun baru sahaja mengenali, kami begitu akrab. Kami ke surau bersama, membaca Al-Quran bersama, mendengar tazkirah bersama dan tak juga saling berkongsi rasa hati. Dia memahami isi hatiku. Tatkala itu, aku masih belum mengenali apa itu cinta. Dia kerap menasihati dan nasihatnya itu masih terngiang di telingaku hingga saat ini...

"Cinta ibarat gula-gula, sekali rasa nak lagi..Jadi, hati-hati ya Tini" katanya sambil tersenyum memandangku.. Aku ketawa, kelakar rasanya.. masakan boleh samakan cinta itu dengan gula?! Desus hatiku saat itu.. Kini, aku  berada dalam zon itu, merasai sendiri perasaan itu.. dan aku akui, manisnya cinta itu.. manis sekali.. Dia selalu berpesan padaku, menghargai apa yang dimiliki.. Aku mengangguk, menyetujui kata-katanya.. Namun, acap kali, aku terbabas dari landasan hingga menyebabkan kelukaan pada hati yang disayangi.. Maafkan aku..

Masih terbayang-bayang saat sahabatku itu menangis kerana hilang arah tuju. "Aku ingin berkahwin Tini, aku selalu berdoa dipercepatkan jodoh, dihadiahkan suami untukku, aku ingin bersuami, aku amat berharap Allah perkenankan doa orang yang hina sepertiku.." katanya sambil menangis.. Saat itu, aku terkedu, mulianya niatnya.. bersuami.... Hebatnya dia, memohon kepada Allah agar dianugerahkan seorang suami.. supaya terhindar segala dosa.. Terlintas di hatiku, untuk bersuami juga.. Aku menanti bila saat itu menjelma.. dan aku juga berharap Allah mempercepatkan jodohku.. agar niatku untuk bersuami tercapai.. amin..

Kini, Allah telah makbulkan doanya.. Benar katanya, jika kita memohon dan merayu kepada Allah dengan ikhlasnya, Allah akan memperkenankannya tak kira sejahat mana kita.. kerna Allah sayang kita... :) tersenyum aku mengingati kata-katanya.. BENAR sekali DOA ITU SENJATA.. Cita-citanya terkabul, dia kini memiliki seorang suami, anugerah dari Illahi.. Alhamdulillah.. Betapa bahagia melihat dia bahagia dengan suaminya.. Sahabat, aku mencemburuimu sayang.. Bilakah pula giliranku? Sahabat, kau sudah menyempurnakan sebahagian dari agamu, alhamdulillah, tahniah buatmu.. Moga impianmu ingin menjadi ketua bidadari syruga untuk suamimu terkabul sayang, aku doakan..

Aku merinduimu sahabat.. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu.. Moga kamu sentiasa berbahagia di samping suamimu.. Aku sayang padamu, sahabat yang pernah memberi kesan dalam hidupku.. Nasihatmu takkan aku lupa.. Terima kasih atas nasihat yang membuatkan aku ingat padaNYA.. hanya engkau, sahabat DUNIA AKHIRAT.. :)

Dia dan suaminya, alhamdulillah :)

Sahabat, aku gembira melihat kau kini bahagia, tiada lagi air mata.. Moga kebahagiaan dunia dan akhirah menjadi milikmu, Amin.


Sekian, wassalam..

Wednesday 25 April 2012

Sekali lagi...


Bila rasaku ini bukan rasamu

Sekali lagi kecundang.....

Dan kali itu juga dia tiada bersamaku....

Mungkin terpaksaku tanggung kesedihan ini seorang diri..

Peritnya memendam rasa..

Terasa bagai dihiris hari demi hari..

Kecelaruan di fikiran..

Kekecewaan di benak..

Dia berjanji tapi tidak tepati..

Dia membohongi..

Dan aku yang dilukai..

Sekali lagi..

Berdua... namun terus sendiri...


Tuesday 24 April 2012

..................

Assalamualaikum..


Hey, people.. I just wanna tell you guys that...




I'm DISAPPOINTED!

AND 

I'm SAD..



Good night..


................................................






Saturday 21 April 2012

batu-batu merah istimewa saya~

Assalamualaikum..


Bintang kesayanganku, sihatkah kamu? Harap kamu sihat selalu.. (^_^).. Moga kamu terus bersinar, menerangi setiap sisi kegelapan yang ada.. Sinarmu buatkan aku bahagia, terhindar derita, terhenti air mata..


TERIMA KASIH..

Bintangku, kau jauh di atas sana, tak tergapai olehku.. Bilakah masanya aku juga akan berada di atas sana agar dapat bersamamu? Ku tunggu saat itu.. :')

SELALU..

Hari ini bintang itu menyinar lagi, kilauannya begitu memikat hati... Cantik.. Tersentuh hatiku.. Saat aku di desa, selalu aku mendongak ke atas, tercari-cari bintang kesayanganku di antara berjuta bintang yang ada..



INDAHNYA..

Letih dek kerana mendongak, aku menunduk.. melihat butir-butir pasir yang ada di bumi... Seketika, aku merasa kecewa kerana tak mampu mendongak lebih lama, memandang bintang kesayanganku itu.. Namun, bahagia itu hilang saat aku terlihat butir-butir batu yang berwarna merah..



CANTIK..

Butir-butir batu itu mengukir namaku...... :')


MANIS..

Hati terasa berbunga-bunga walaupun ia hanya butir-butir batu biasa...

"DALAM HATI ADA TAMAN"



Wahai butir-butir batu berwarna merah, kau begitu istimewa buatku.. Kau mengukir seyuman di bibirku.. Butir-butir batu yang terukir namaku.... Diukir oleh...

DIA, BINTANGKU YANG DIATAS SANA..

Terima kasih kerana terus membahagiakan aku.. :')

Thursday 19 April 2012

DREAM

Assalamualaikum..


I have been dreaming all this while.. Lots of dreams.. Some are ended with success, and some are ended with tears and disappointment.. Regret followed when the star we want so badly burned into ashes... When my star burned out, some laughed, some were upset, and some were disappointed..  


And how about me?

My answer is: I'm just fine.. I'm going to be alright.. seriously..

Instead I hide deep inside..

But, surely, there is someone know..

ALLAH, my Almighty God..

Thanks Allah for always being there..

The moment I fell and the moment I was on the top..

Shame on me coz don't be a good slave for You.. Forgive me Allah..

Never giving up~ that is my rule.. I'm reaching for the most beautiful star on the sky.. I want it so badly.. And I will go for it.. It doesn't matter if I have to pay the price, to sacrifice things that I loved.. as long as that star always shine for me.. up on the sky.. even, I'm still not able to reach for it yet..

Oh, my star..

M y hope..

My dream..

Always shine.... Your light made me smile every single time I looked at you..



My precious..

My star... You will be mine someday.. InsyaAllah.. :')

With that, thanks~

Wassalam..

Tuesday 17 April 2012

Health and me



As salam...


Hohohoho, yeah, we meet again.. Today, I would like to talk about HEALTH.. Yeah, HEALTH.. Ok, I wouldn't repeat for the third time.. It's kinda boring to talk about health.. especially when it is related to me.. Phewwww~ I hate this.. I love to read articles regarding health but it seems so lame to speak about health and ME! 


WHY???


Because I'm always getting sick.. And I hate being sick.. Lying on the bed restlessly.. Perghh.. hate that condition.. Lately, I have been so weak.. yeah, I succumb to fever, flu and all those nasty things..

PHEWWWWWWWW~

Hukhukhuk, I hate this, I want my health back... Yeah, my Encik Tunang said that I should take some medication.. But I hate medicine although I wanna be a doctor someday.. muahahaha.. My Encik Tunang is so worried about me.. muehehehehe.. Lately, he has been so concern about me and my health.. 

YEAY!!! I GOT AN EXTRA ATTENTION!!!!
(hihihihi *evil laugh)

Guys, dont worry.. I'm going to get well soon.. muihihihihihi.. I'm a strong little girl by the way.. N a strong doctor-to-be.. InsyaAllah..

Till we meet again~

Ta~ta..

Wassalam~ :)

Friday 6 April 2012

Sepi

As salam..




Saat ini aku bersendiri, mengubat luka di hati... Entah mengapa luka itu berbisa.. meracuni seluruh hati dan anggota.. dan entah mengapa aku terus menerus titiskan air mata.. Kata maaf diterima namun aku masih mengalirkan air mata.. Apakah aku yang masih tidak redha dan menerima? Atau luka di dada terlalu parah hingga berbisa? Aku perlukan masa.. Namu di suatu sudut yang lain, aku perlukan dia.. dan bukan masa.. Perasaanku berbaur.. bercampur semuanya.. Apakah aku yang keliru? Apakah aku yang buntu? 





Ya Allah... Sukarnya ini semua..

Sungguh benar kata mereka, bila hati yang terluka, lumpuh semua anggota...

Jiwaku meraung.... Hanya Allah yang tahu.. Peritnya.. Perit yang tidak terungkap dengan kata-kata... Sekilas terlintas di fikiranku, sebaiknya hilang nyawa dari terus derita... Terdetik untuk mencuba... Maka aku cuba untuk mencuba... Namun tiba-tiba iman bersuara........

Astaghfirrulah......... Maafkan aku Allah...

Aku alpa, terlupa sejenak.....

Betapa aku mencintainya.. Hingga akal warasku hampir tidak berfungsi sepenuhnya.. Sukarnya menggambarkan cinta padanya melalui bicara... 

Sukarnya........

Terlalu banyak harapan yang telahku sandarkan padanya.. Sebuah mahligai bahagia..

Aku dan dia.... Bersama-sama tanda cinta..

Bahagianya....

Bahagia hingga tak tergambar dengan kata..

Namun, bahagia itu bukan nyata.. Hanya mimpiku yang sekadar menduga..

Sedihnya...

Mengapa tidak menjadi nyata?

Mengapa????

Di suatu sudut, aku tidak percaya bahawa bahagia itu tidak akan  menjadi nyata... Kerana aku mencintainya dan dia mencintaiku juga... Ya, sekali lagi aku berharap........ Bimbang.. Kelak aku yang meratap...Kerana sebuah harapan yang ranap......


Fikiran bercelaru, otak menjadi buntu, hati jadi tak tentu.... Apa perlu dilakukan aku??

AKU KELIRU~

Sampai bila ini perlu berlaku?

Aku harus temui jalan yang satu..

Maka, terdetik di benakku untuk menyepi..... Biarlah pena ini menjadi saksi.. Luka di hati masih belum diubati..

Dia juga terluka... dan aku tak mahu dia terus menitiskan air mata...

Mulai dari saat ini, aku akan menyepi, hilang tak akan dijumpai.. Jangan di cari lagi... Kerana aku ingin bersendiri..

Biarkan aku menyepi agar sembuh luka di hati..

Luka di hati KAMI...


Sekian, wassalam..

~Salam Sayang~


Thursday 5 April 2012

Kau atau aku yang terluka?

As salam.....


Kecewa. Perkataan pertama yang aku ungkapkan.. Semua pernah merasa kecewa.. Termasuk aku.. Sudah lama aku tidak kecewa.. bahkan hampir aku lupa makna kecewa.. Kini, kecewa datang lagi mematahkan ranting-ranting rapuh hati aku.. Peritnya terasa.. Seriknya menjelma.. Cukup.. Satu perkataan yang bermain di akalku.. Cukup setakat ini... Akal warasku berkata...




                  Namun, lain pula kata di hati..... dan aku terkilan.. 


Sudah banyak parut di dada.. apakah aku bisa terima parut yang baru ini.. parut yang paling dalam.. yang bukan sekadar meremukkan hati aku.. malah meghancurkannya sehancur-hancurnya... Apa benar kata mereka bahawa semua lelaki adalah SAMA? Aku tidak bisa percaya mereka SAMA kerana dia berbeza..




           Ternyata ia hanya dusta.. dan aku yang buta kerana percaya..


Berapa kali lagi aku harus percaya? .. terus dibohongi namun masih percaya.. Aku yang buta, bukan dia.. Aku yang percaya bukan dia.. dan akhirnya aku yang terluka.. tersedu sedan sendirian mengubat luka..
Bukan aku yang cemburu buta, tapi ternyata cemburu itu cinta.. apakah dia tidak mengerti sayangku padanya?.. apakah dia tidak melihat cinta dan kerinduanku untuknya? Bukti apakah lagi untuk ditunjukkan padanya agar dia bisa percaya??



         Berikan nyawamu sebagai bukti.. hati gilaku berkata-kata..


Aku memendam rasa... tak terluahkan takut dia terluka.. dan akhirnya aku sendiri yang merana.. Tak mampu ku ucapkan padanya dengan kata-kata lisan... maka,  biarkanlah penaku berbicara.. dunia cinta... itulah dunia luka.. dunia air mata.. dunia yang penuh rasa duka.. Berkali aku terluka, berkali juga dia terluka.. tak mungkin aku menafikannya.. aku mencintainya.. tak sanggupku lihat dia diluka dek kerana emosiku menggila... Melihat dia terluka, maka jatuhlah air mata..




            Murahnya air mata, bisa jatuh tanpa sebab yang nyata..


Biarlah, biar ia murah... kerana aku membasuh luka dengan air mata.. kerana aku mengurung rasa kecewa dengan air mata.. kerana aku penjarakan rasa hibaku dengan air mata.. air mata pengubat luka... mereka berkata aku lemah kerana air mata... Ya!! Aku memang lemah! Manusia yang murah dengan air mata! Tapi kau tak berhak berkata begitu, kerna kau tak berada di tempatku.. tak merasa apa yang aku rasa.. tak terluka sebagaimana aku terluka.. kau takkan faham sampai bila-bila....

Satu hakikat yang berat untukku terima... apakah aku harus menerima dan terus lupa??? Tak mungkin... aku takkan lupa... Luka itu parut.. dan parut tak dapat diubati walau dengan darah dan air mata.. Hatiku berparut... banyak sekali... sehingga tak terlihat daging yang suci, tak tercemar dengan parut... Aku dah biasa diluka.....


        Senangnya mulut berbicara tapi yang menanggung luka bukan mulut tapi hati..


Hati yang terluka... Dia tidak mungkin tahu.. kerna aku membisu... kerna aku tidak tahu.. apa yang harus aku katakan lagi.. sudah tidak ada apa yang perlu dibicarakan lagi.........


 Mungkin ini kah ketentuanNYA? bahawa jodoh di sini sahaja???!


Perit hatiku! Ahhhh!! Tak bisaku terima! Namun akalku berkata, "sampai bila?!! sampai bila begini?? berkali-kali???"





Ya....... sampai bila perlu begini??

See Lonely Sad Pain


Terdiam sepi.. terkelu lidah.. tertitis air mata.. semuanya tak terduga.. 


Mungkin Allah sedang menjawab pertanyaanku, "wahai Allah, apakah dia?????" tanyaku pada Allah dengan gembira.................. 
Namun Allah menjawab dengan memberi luka, "apakah itu petanda? bahawa dia......" tak sanggupku habiskan kata-kata, kerana hati masih enggan percaya bahawa bukan dia..

KELIRU...


Allah, apakah ini balasan dosa?

Allah, kau biarkan aku terluka kerana ingin aku redha?

Allah, apakah ini jawapan pada tanda tanyaku?

Jika "YA"..

Maka leburlah hatiku ini Allah.......................................................................................................



Sad love messages
Layunya bunga buat aku kecewa...




*Pena dah tak mampu lagi bersuara.. Pena kecewa.......... sampai di sini sahaja kita bersua... selamat tinggal.