Friday 4 May 2012

Dibalik sebuah kejayaan..

Assalamualaikum..


Berjaya atau gagal? Semua orang pilih untuk berjaya. Siapa inginkan kegagalan? I'm sure there is no one. Everyone wants to succeed or wanted to be that way. Bila berjaya, kita dimata dunia. Namun, bila gagal, semua mata-mata itu berpaling dari kita. Bukan senang untuk mencapai sebuah kejayaan. To succeed, you pay it with the highest price. Lots of things needed to be sacrificed. But, do you ever think that sacrifices are all worth it? 




Berjaya terletak pada kemahuan masing-masing. Namun, manusia hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Bagi aku, kegagalan adalah dugaan. Jika ditetapkan Allah untuk gagal, kita tetap akan gagal. Di suatu sudut kegagalan itu, Allah ingin mengajar kita erti sebuah keredhaan dan menghargai sesuatu yang kita miliki. Jika sesuatu itu susah untuk digapai pastinya kita akan lebih menghargainya. Pepatah ini cukup bermakna untuk diriku kerana aku akui, aku manusia yang mudah lupa. Allah mengajarku dengan kegagalan. Ya, cukup pedih hinggakan tidak terbayar dengan air mata. Namun, aku bersyukur dengan apa yang telah diatur Allah. Redha. Redha dengan kehendakNya. Kegagalan mengajarku untuk tidak berputus asa. Aku terus berusaha untuk bangkit, dan dalam proses itu banyak yang aku pelajari. 


KETABAHAN.

Ya, itulah yang diperlukan untuk terus bangkit. Tak semua orang mampu tabah harungi dugaan. Namun, tak semua orang gagal untuk tabah dalam mengharungi dugaan. Saat ditimpa dugaan, cekalkanlah hatimu sayang, kuatkanlah semangatmu, sembunyikan kesedihanmu, malah tanamlah azam di hatimu untuk bangkit dan buktikan pada semua yang engkau mampu untuk berjaya. Hanya dirimu yang mampu mengubah nasibmu, bukan aku mahupun keluargamu. Aku percaya kau mampu kerana Allah  percaya dan yakin engkau mampu bangkit. Dan kerna itulah, Dia mendugamu dengan kegagalan.

Allah mendugamu dengan kemampuanmu menanggung beban dugaan itu.

dan sebab itu,

percayalah bahawa KAU MAMPU!

Dan, ingatlah, kegagalan itu adalah sebaik-baik GURU.

Aku, seperti manusia yang lain, telah berkali-kali gagal. Aku sedih, namun aku redha. Aku percaya Allah mahuku berusaha lebih dari itu untuk memiliki sebuah kejayaan. Disaat dilanda kegagalan, hatiku patah dan semangatku punah. Setiap orang pasti merasakan perasaan ini. Namun, jauh dibenakku, aku mencari sebuah kekuatan untuk bangkit. Aku cuba untuk memotivasikan diriku sendiri. 

"Aku boleh buat, pasti ada kekurangan lagi, sebab itu, aku gagal. Tidak mengapa, aku cuba lagi, kali ini dengan cara yang berbeza"

Inilah yang selalu aku katakan pada diriku sambil tersenyum. Disaat menghadapi keperitan, terbayang wajah-wajah orang yang aku sayang. Aku ingin melihat mereka bahagia dengan kejayaan yang aku miliki. Mereka menjadi sumber inspirasi untuk aku terus maju kehadapan. Aku sayang mereka. :)

Bagi aku, orang yang gagal ialah ORANG YANG ISTIMEWA. Kerana apa? Kerana Allah menduganya. Dugaan ialah simbol sayang dan cinta Allah pada kita. Lebih banyak orang itu diduga, lebih banyak kasih sayang Allah padanya. Allah menyembunyikan matahari dari kita, dan menurunkan hujan serta memberikan guruh kepada kita. Disaat itu, kita menangis dan sedih serta hilang arah tuju kerana sinar matahari yang menggembirakan kita dirampas dari kita. Rupa-rupanya, tanpa kita sedar, Allah ingin menghadiahkan kita sang pelangi yang cukup indah. Sabarlah duhai insan, ada kemanisan disebalik kepahitan.

Suatu saat nanti, pasti pelangi yang dinanti akan menjelma jua..

Terima kasih Ya Allah kerana menghadiahkan aku pelangi indah ini, :')
Sekian, wassalam.




No comments:

Post a Comment