Thursday 3 May 2012

Buat sahabat yang diingati..

 Assalamualaikum..

Aku, kau dan kita semua punya sahabat. Bagiku, sahabat penyeri diari kehidupanku. Mereka hadir dalam hidup ini dan sedikit sebanyak memberi kesan kepada kita. Sahabat sehidup semati ialah sahabat yang ada dengan kita, saat suka, mahupun duka. Hari ini, aku tidak akan bercerita tentang sahabat sehidup sematiku tetapi aku akan bercerita tentang sahabat yang selalu diingati... Sahabat yang pernah menyentuh rasa hati ini..

Tiga tahun lepas, aku hanyalah seorang budak hingusan biasa, yang masih tidak kenal apa itu kehidupan sebenar. Aku tercari-cari sinar hidupku. Terkadang, aku terkeliru dan bimbang dihanyutkan oleh kehidupan. Tatkala itu, aku mengenali seorang gadis. Cantik, manis orangnya. Meskipun baru sahaja mengenali, kami begitu akrab. Kami ke surau bersama, membaca Al-Quran bersama, mendengar tazkirah bersama dan tak juga saling berkongsi rasa hati. Dia memahami isi hatiku. Tatkala itu, aku masih belum mengenali apa itu cinta. Dia kerap menasihati dan nasihatnya itu masih terngiang di telingaku hingga saat ini...

"Cinta ibarat gula-gula, sekali rasa nak lagi..Jadi, hati-hati ya Tini" katanya sambil tersenyum memandangku.. Aku ketawa, kelakar rasanya.. masakan boleh samakan cinta itu dengan gula?! Desus hatiku saat itu.. Kini, aku  berada dalam zon itu, merasai sendiri perasaan itu.. dan aku akui, manisnya cinta itu.. manis sekali.. Dia selalu berpesan padaku, menghargai apa yang dimiliki.. Aku mengangguk, menyetujui kata-katanya.. Namun, acap kali, aku terbabas dari landasan hingga menyebabkan kelukaan pada hati yang disayangi.. Maafkan aku..

Masih terbayang-bayang saat sahabatku itu menangis kerana hilang arah tuju. "Aku ingin berkahwin Tini, aku selalu berdoa dipercepatkan jodoh, dihadiahkan suami untukku, aku ingin bersuami, aku amat berharap Allah perkenankan doa orang yang hina sepertiku.." katanya sambil menangis.. Saat itu, aku terkedu, mulianya niatnya.. bersuami.... Hebatnya dia, memohon kepada Allah agar dianugerahkan seorang suami.. supaya terhindar segala dosa.. Terlintas di hatiku, untuk bersuami juga.. Aku menanti bila saat itu menjelma.. dan aku juga berharap Allah mempercepatkan jodohku.. agar niatku untuk bersuami tercapai.. amin..

Kini, Allah telah makbulkan doanya.. Benar katanya, jika kita memohon dan merayu kepada Allah dengan ikhlasnya, Allah akan memperkenankannya tak kira sejahat mana kita.. kerna Allah sayang kita... :) tersenyum aku mengingati kata-katanya.. BENAR sekali DOA ITU SENJATA.. Cita-citanya terkabul, dia kini memiliki seorang suami, anugerah dari Illahi.. Alhamdulillah.. Betapa bahagia melihat dia bahagia dengan suaminya.. Sahabat, aku mencemburuimu sayang.. Bilakah pula giliranku? Sahabat, kau sudah menyempurnakan sebahagian dari agamu, alhamdulillah, tahniah buatmu.. Moga impianmu ingin menjadi ketua bidadari syruga untuk suamimu terkabul sayang, aku doakan..

Aku merinduimu sahabat.. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu.. Moga kamu sentiasa berbahagia di samping suamimu.. Aku sayang padamu, sahabat yang pernah memberi kesan dalam hidupku.. Nasihatmu takkan aku lupa.. Terima kasih atas nasihat yang membuatkan aku ingat padaNYA.. hanya engkau, sahabat DUNIA AKHIRAT.. :)

Dia dan suaminya, alhamdulillah :)

Sahabat, aku gembira melihat kau kini bahagia, tiada lagi air mata.. Moga kebahagiaan dunia dan akhirah menjadi milikmu, Amin.


Sekian, wassalam..

2 comments:

  1. kalu camtu cik tunang kene la banyak berdoa

    daripada sekarang =]

    jangan susah baru nk berdoa =p hehe

    ingat ea, pesan daripada mr tunang =] <3

    ReplyDelete
  2. terima kasih sayang.. kerana selalu ada untuk diri ini, tika susah dan senang.. i love u :)

    ReplyDelete