Friday 6 April 2012

Sepi

As salam..




Saat ini aku bersendiri, mengubat luka di hati... Entah mengapa luka itu berbisa.. meracuni seluruh hati dan anggota.. dan entah mengapa aku terus menerus titiskan air mata.. Kata maaf diterima namun aku masih mengalirkan air mata.. Apakah aku yang masih tidak redha dan menerima? Atau luka di dada terlalu parah hingga berbisa? Aku perlukan masa.. Namu di suatu sudut yang lain, aku perlukan dia.. dan bukan masa.. Perasaanku berbaur.. bercampur semuanya.. Apakah aku yang keliru? Apakah aku yang buntu? 





Ya Allah... Sukarnya ini semua..

Sungguh benar kata mereka, bila hati yang terluka, lumpuh semua anggota...

Jiwaku meraung.... Hanya Allah yang tahu.. Peritnya.. Perit yang tidak terungkap dengan kata-kata... Sekilas terlintas di fikiranku, sebaiknya hilang nyawa dari terus derita... Terdetik untuk mencuba... Maka aku cuba untuk mencuba... Namun tiba-tiba iman bersuara........

Astaghfirrulah......... Maafkan aku Allah...

Aku alpa, terlupa sejenak.....

Betapa aku mencintainya.. Hingga akal warasku hampir tidak berfungsi sepenuhnya.. Sukarnya menggambarkan cinta padanya melalui bicara... 

Sukarnya........

Terlalu banyak harapan yang telahku sandarkan padanya.. Sebuah mahligai bahagia..

Aku dan dia.... Bersama-sama tanda cinta..

Bahagianya....

Bahagia hingga tak tergambar dengan kata..

Namun, bahagia itu bukan nyata.. Hanya mimpiku yang sekadar menduga..

Sedihnya...

Mengapa tidak menjadi nyata?

Mengapa????

Di suatu sudut, aku tidak percaya bahawa bahagia itu tidak akan  menjadi nyata... Kerana aku mencintainya dan dia mencintaiku juga... Ya, sekali lagi aku berharap........ Bimbang.. Kelak aku yang meratap...Kerana sebuah harapan yang ranap......


Fikiran bercelaru, otak menjadi buntu, hati jadi tak tentu.... Apa perlu dilakukan aku??

AKU KELIRU~

Sampai bila ini perlu berlaku?

Aku harus temui jalan yang satu..

Maka, terdetik di benakku untuk menyepi..... Biarlah pena ini menjadi saksi.. Luka di hati masih belum diubati..

Dia juga terluka... dan aku tak mahu dia terus menitiskan air mata...

Mulai dari saat ini, aku akan menyepi, hilang tak akan dijumpai.. Jangan di cari lagi... Kerana aku ingin bersendiri..

Biarkan aku menyepi agar sembuh luka di hati..

Luka di hati KAMI...


Sekian, wassalam..

~Salam Sayang~


No comments:

Post a Comment