Saturday 21 April 2012

batu-batu merah istimewa saya~

Assalamualaikum..


Bintang kesayanganku, sihatkah kamu? Harap kamu sihat selalu.. (^_^).. Moga kamu terus bersinar, menerangi setiap sisi kegelapan yang ada.. Sinarmu buatkan aku bahagia, terhindar derita, terhenti air mata..


TERIMA KASIH..

Bintangku, kau jauh di atas sana, tak tergapai olehku.. Bilakah masanya aku juga akan berada di atas sana agar dapat bersamamu? Ku tunggu saat itu.. :')

SELALU..

Hari ini bintang itu menyinar lagi, kilauannya begitu memikat hati... Cantik.. Tersentuh hatiku.. Saat aku di desa, selalu aku mendongak ke atas, tercari-cari bintang kesayanganku di antara berjuta bintang yang ada..



INDAHNYA..

Letih dek kerana mendongak, aku menunduk.. melihat butir-butir pasir yang ada di bumi... Seketika, aku merasa kecewa kerana tak mampu mendongak lebih lama, memandang bintang kesayanganku itu.. Namun, bahagia itu hilang saat aku terlihat butir-butir batu yang berwarna merah..



CANTIK..

Butir-butir batu itu mengukir namaku...... :')


MANIS..

Hati terasa berbunga-bunga walaupun ia hanya butir-butir batu biasa...

"DALAM HATI ADA TAMAN"



Wahai butir-butir batu berwarna merah, kau begitu istimewa buatku.. Kau mengukir seyuman di bibirku.. Butir-butir batu yang terukir namaku.... Diukir oleh...

DIA, BINTANGKU YANG DIATAS SANA..

Terima kasih kerana terus membahagiakan aku.. :')

1 comment: