Thursday 5 April 2012

Kau atau aku yang terluka?

As salam.....


Kecewa. Perkataan pertama yang aku ungkapkan.. Semua pernah merasa kecewa.. Termasuk aku.. Sudah lama aku tidak kecewa.. bahkan hampir aku lupa makna kecewa.. Kini, kecewa datang lagi mematahkan ranting-ranting rapuh hati aku.. Peritnya terasa.. Seriknya menjelma.. Cukup.. Satu perkataan yang bermain di akalku.. Cukup setakat ini... Akal warasku berkata...




                  Namun, lain pula kata di hati..... dan aku terkilan.. 


Sudah banyak parut di dada.. apakah aku bisa terima parut yang baru ini.. parut yang paling dalam.. yang bukan sekadar meremukkan hati aku.. malah meghancurkannya sehancur-hancurnya... Apa benar kata mereka bahawa semua lelaki adalah SAMA? Aku tidak bisa percaya mereka SAMA kerana dia berbeza..




           Ternyata ia hanya dusta.. dan aku yang buta kerana percaya..


Berapa kali lagi aku harus percaya? .. terus dibohongi namun masih percaya.. Aku yang buta, bukan dia.. Aku yang percaya bukan dia.. dan akhirnya aku yang terluka.. tersedu sedan sendirian mengubat luka..
Bukan aku yang cemburu buta, tapi ternyata cemburu itu cinta.. apakah dia tidak mengerti sayangku padanya?.. apakah dia tidak melihat cinta dan kerinduanku untuknya? Bukti apakah lagi untuk ditunjukkan padanya agar dia bisa percaya??



         Berikan nyawamu sebagai bukti.. hati gilaku berkata-kata..


Aku memendam rasa... tak terluahkan takut dia terluka.. dan akhirnya aku sendiri yang merana.. Tak mampu ku ucapkan padanya dengan kata-kata lisan... maka,  biarkanlah penaku berbicara.. dunia cinta... itulah dunia luka.. dunia air mata.. dunia yang penuh rasa duka.. Berkali aku terluka, berkali juga dia terluka.. tak mungkin aku menafikannya.. aku mencintainya.. tak sanggupku lihat dia diluka dek kerana emosiku menggila... Melihat dia terluka, maka jatuhlah air mata..




            Murahnya air mata, bisa jatuh tanpa sebab yang nyata..


Biarlah, biar ia murah... kerana aku membasuh luka dengan air mata.. kerana aku mengurung rasa kecewa dengan air mata.. kerana aku penjarakan rasa hibaku dengan air mata.. air mata pengubat luka... mereka berkata aku lemah kerana air mata... Ya!! Aku memang lemah! Manusia yang murah dengan air mata! Tapi kau tak berhak berkata begitu, kerna kau tak berada di tempatku.. tak merasa apa yang aku rasa.. tak terluka sebagaimana aku terluka.. kau takkan faham sampai bila-bila....

Satu hakikat yang berat untukku terima... apakah aku harus menerima dan terus lupa??? Tak mungkin... aku takkan lupa... Luka itu parut.. dan parut tak dapat diubati walau dengan darah dan air mata.. Hatiku berparut... banyak sekali... sehingga tak terlihat daging yang suci, tak tercemar dengan parut... Aku dah biasa diluka.....


        Senangnya mulut berbicara tapi yang menanggung luka bukan mulut tapi hati..


Hati yang terluka... Dia tidak mungkin tahu.. kerna aku membisu... kerna aku tidak tahu.. apa yang harus aku katakan lagi.. sudah tidak ada apa yang perlu dibicarakan lagi.........


 Mungkin ini kah ketentuanNYA? bahawa jodoh di sini sahaja???!


Perit hatiku! Ahhhh!! Tak bisaku terima! Namun akalku berkata, "sampai bila?!! sampai bila begini?? berkali-kali???"





Ya....... sampai bila perlu begini??

See Lonely Sad Pain


Terdiam sepi.. terkelu lidah.. tertitis air mata.. semuanya tak terduga.. 


Mungkin Allah sedang menjawab pertanyaanku, "wahai Allah, apakah dia?????" tanyaku pada Allah dengan gembira.................. 
Namun Allah menjawab dengan memberi luka, "apakah itu petanda? bahawa dia......" tak sanggupku habiskan kata-kata, kerana hati masih enggan percaya bahawa bukan dia..

KELIRU...


Allah, apakah ini balasan dosa?

Allah, kau biarkan aku terluka kerana ingin aku redha?

Allah, apakah ini jawapan pada tanda tanyaku?

Jika "YA"..

Maka leburlah hatiku ini Allah.......................................................................................................



Sad love messages
Layunya bunga buat aku kecewa...




*Pena dah tak mampu lagi bersuara.. Pena kecewa.......... sampai di sini sahaja kita bersua... selamat tinggal.

1 comment:

  1. istikharah la dear.. itu ape y aku buat.. mintak dia lorongkn keyakinan. atleast hati kau tenang.. insya Allah..

    n kesakitan dn kesedihan tu tanda Dia rindu.. atau mungkin kifarah dosa y penah kita buat.. bersabar k dear..

    ReplyDelete